Home > Belajar Dakwah Di Kedai Makan > Belajar Dakwah Di Kedai Makan

Belajar Dakwah Di Kedai Makan

Seorang anak muda baru sahaja pulang ke kampung selepas tamat peperiksaan di kampus. Sebagai seorang yang terlibat dengan gerakan dakwah, Arif berharap agar pulangnya ke kampung tidak hanya membuang masa kerana tidak ada aktiviti atau program usrah dan sebagainya di kampung. Arif tidak pernah merahsiakan keterlibatannya dalam aktiviti dakwah daripada kedua orang tuanya. Beliau merasa lega kerana  ibu bapanya tidak menghalang melainkan hanya berpesan agar tidak mengabaikan pelajaran.

Pada suatu hari ayahnya telah mengajak untuk makan di luar. Arif bertanya, ‘Abah, kita nak makan kat mana?’ Kita nak makan di kedai mamak Ali kat pekan tu,’ jawab ayahnya. Arif mengikut sahaja walaupun dia bukannya gemar sangat dengan makanan di kedai mamak. Sekadar meraikan hajat orang tua.

Selang beberapa hari, sekali lagi ayahnya mengajak keluar, makan di restoran. Kali ini ayahnya mengajak makan di KFC. Arif kurang selesa kerana ada yang mengatakan KFC perlu diboikot kerana membantu Amerika, tetapi pada masa yang sama ada yang menolak pemboikotan KFC di Malaysia kerana ia dimiliki syarikat Muslim yang banyak membantu sosio ekonomi orang Islam. Sekali lagi Arif menurut sahaja kerana meraikan kehendak orang tuanya.

Tidak lama selepas itu ayahnya sekali lagi mengajak Arif makan di kedai makan. Sepanjang cuti ini sudah beberapa kali ayahnya mengajak makan di kedai. Arif merasa bingung kerana setahunya ayahnya bukan jenis makan di luar sangat. Hinggalah pada hari itu, Arif dan ayahnya berada di kedai makan yang khusus menjual aneka sup. Arif tidak dapat menahan dari bertanya, ‘Sebenarnya Arif pelik bila abah ajak Arif makan kat luar sebab setahu Arif abah bukan jenis suka makan di luar’. Ayahnya tersenyum mendengar kata-kata Arif.

Ayahnya menjawab,’ Abah tahu Arif kat universiti sibuk dengan aktiviti dakwah selain belajar untuk mendapat segulung ijazah. Jadi abah ajak Arif makan ni untuk membantu dalam kerja-kerja dakwah Arif ‘. ‘Makan kat kedai untuk bantu dakwah?’ Soal Arif. ‘ Kena ajak orang makan kat kedai ke? rasanya kalau ajak makan tu memang biasa’. tambahnya lagi. ‘Bukan macam tu’, ayahnya menjawab. ‘ Abah ajak Arif makan kat kedai bukan untuk ajak orang atau yang seumpamanya, tetapi supaya Arif sendiri lebih memahami tentang dakwah itu. Takpelah, nanti abah terangkan masa kat rumah’, ujar ayahnya. Arif merasa lebih pelik. ‘Belajar dakwah di kedai makan? Hmm, tak pernah dengar, orang belajar di kuliah atau di masjid, bukan di kedai makan’, Arif berfikir sendirian.

(bersambung)

Advertisement
  1. Wan Muhammad Imran
    December 15, 2009 at 10:46 am | #1

    menarik…x sabar nk tunggu jwpn ayah… tapi rasenya ade terfikir ape jwpnnya… harapnya sama… jzkk

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.